Monday, 14 November 2011

#3 - Waking Up

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, semalam sy baru lepas tamat menghadiri satu program selama 2hari bersama Sheikh Mohamad Hamed Elawa, seorg ust dr middle east, urmmm nasib baik ade translater, tercengang n tergaru2 jgk kepala mendengar kata2 beliau in arabic (rasa nk bljr semula bhs ni, huhu)..

Macam2 yg dikongsikan spt pengalamannya dlm bidang dakwah dan bingkisan hadiah berupa kisah hidup Imam Hassan Al-Banna yg diceritakan olh beliau dgn penuh bersemangat dan berkobar2, sy rasa dia spt tidak penat berkata2, n most of the time sy spt ditampar, terpukul dgn kata2 beliau, sgt tersentuh wlpn teguran itu dibuat secara umum, sungguh hati ini sgt terasa, hinanya saya rasa. 

Apa yg membuatkan sy spt waking up from daydreaming tu?? Kamu nk tau apa yg Sheikh pesan setiap kali habis bengkel dimana kami ditugaskan utk menyediakn ''plan of action'',

 ''ALLAH SWT akan mempertanggungjwbkn ke atas kamu apa yg kamu dengar, lihat, dan tuliskan ini'' 

Sy rasa satu tanggungjwb yg sgt besar, dan memohon kpd Allah agr sy diberi kekuatan utk terus berada di jalan ini agar sy dpt melaksanakan amanah ini sehabis baik mengikut kemampuan sy. Sy jg mohon agar diri ini tidak cuai dgn amanah yg diberi, perkenankanlah Ya Allah. 

Lagi satu kata2 beliau yg sgt terkesan pd diri sy,

''Hadir program adalah satu sikap yg baik, tetapi kehadiran tanpa kesan adalah tidak berguna''

Pengembangan dan peningkatan (iman, ilmu, amal) dlm tarbiyah berlaku sejajar dgn penambahbaikkan (perubahan) yg berlaku pd indidvidu tersebut. Usaha tarbiyah itu tidak menatijahkan perubahan yg terhasil. So, kalau kita pergi semata-mata menghadiri program tp slps prgm kite masih ditakuk lama, takde gunalah kehadiran tu. Sbb tu kami dipesan berkali2 olh beliau, jadilah spt Umar Abd Aziz, (mg amalannya diterima Allah) di mana setiap langkahnya, dia akn memperbaharui niatnya supaya amalan itu tidak menjadi sia2. 

Kita juga perlu memastikan peningkatan dlm ketiga-tiga aspek (akal, hati, jasad) berlaku secara serentak, seimbang dan sempurna supaya tidaklah berlaku hydrocephalus, hepatomegaly, dan acromegaly disebabkn peningkatan dlm satu2 aspek shj. Yup, ianya suatu tugas yg sgt susah ttp tidak mustahil..nk cubalah :)

Beliau turut berkongsi kaedah utk menjaga hubungab baik dgn sahabat, sgt praktikal ni:

  1. Menunjukkan wajah yg ceria dan akhlak yg baik apbl bertemu
  2. Mempermudahkan bukan menyusahkan sahabat
  3. Mengetahui cara perkenalan dgn seseorg, tahu apa yg shbt tu suka & tak suka
  4. Sgt prihatin, mengambil berat dan menjadi pendengar yg baik buat sahabat
  5. Merendah hati dan tawadhu', menyantuni mereka umpama ibu yg melayani anaknya
  6. Berlapang dada sekiranya tidak bersefahaman
  7. Tidak berkecil hati, tidak memarahi tetapi terus berusaha memelihara mrk dr jahiliah
  8. Berusaha keras utk membantu sahabat dlm kesusahan dgn sepenuh hati

Oh, Sheikh juga berpesan, jgn biarkan satu hari anda berlalu tnpa membaca al-Quran ^__^

Thanks for reading, till then :)


1 comment: