Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ahad yg lepas sy dpt menghadiri daurah SH. Tapi bukanlah tujuan sy nk menceritakn pasal SH here, sbb tajuk ni agak berat (sampai demam2 sy dibuatnya, lol viral infection yg sy dpt sbnrnye ni).
Okay, lets share a bit yg sy dpt drpd Kak Fiza (akhawat dr KL). Kak Fiza bnyk menyentuh soal ilah (sembahan2). Kamu semua tahukan dlm kalimah La ilah illa Allah, ade perkataan ilah ni, kenapa tidak digunakan la rabbu illa Allah (i wish can wrote it in arabic so that u all can see it really clear). Rabb di sini bermaksud tuhan, manakala ilah pula bermaksud sembahan.
Sifat ketuhanan ini yg ditunjukkan Allah kepada hambanya (spt ar-rahman, ar-rahim etc). Whereas, sifat ilah ditunjukkan oleh hambanya kpd tuhannya. Sembahan-sembahan ni boleh jadi bnyk, dan bila kita sembah yg selain Allah, bukankah syirik namanye tu? (
bukan niat sy nk mensyirikkan org, sy hanya cuma ingin kita berfikir). Antara sembahan-sembahan yg dinyatakan dlm Quran, dlm surah At-taubah ayt 24
Katakanlah, ''Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai drpd Allah dan RasulNya serta berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.'' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. (9:24)
Banyakkan sembahan-sembahan manusia ni, rasa cinta, takut, pengharapan yg sepatutnya ditunjukkan oleh hamba kepada sembahannya pun kadang-kadang kita manusia ni tersalah letak. Menurut Kak Fiza (
sy kurang pasti sumber dari mana, terlupa nak tanya), ada 3 jenis berhala dlm hati manusia:
- Hawa nafsu (keinginan)
- mengikut adat-adat orang lama (tradisi)
- Pemimpin
Di mana letaknya rasa takut kita, rasa kebergantungan, rasa yakin? Sains juga berbahaya, kita yakin api shj yg boleh mendidihkan air pada suhu 100 degree celcius air mendidih (sbg contoh), then benda lain tak boleh mendidihkan air, cthnye ais? So, keyakinan kita di sini terletak pada api, walhal dgn kuasa Allah anythings can happen, kalau Allah kata
Kun, maka
Fayakun lah, tiada siapa yg boleh menghalang.
In fact, dlm solat harian kita, disebabkn solat tu dah mcm rutin, kita selalu leka dlm solat. Apa yg kita katakan tak selaras dgn hati. Cthnye, setiap kali solat kita akn niat, sahaja aku sembahyang fardhu....kerana Allah taala. Cuba reflect diri, tiap2 kali kamu niat, adakah sekadar dibibir shj or hati kita hadir sama2. Kak Fiza ada bg cth. Ada seorg lelaki ni jarang solat, dia tahu gf dia ni alimla, solat awl waktu. Dipendekkan cerita, setiap kali mereka keluar bersama, lelaki ni akn singgah ke masjid untuk solat. Cuba kita fikir, wlpn lelaki ni niat kuat-kuat sekalipun ''shj aku solat fardhu...kerana Allah Taala'', tp niat dlm hati dia sbb perkara lain, dan bukan kerana Allah seperti dilidahnya.
Sepatutnya, in any tasks we do, kita kena ckp kerana Allah barulah sebab-sebab yang lain dtg kemudian. Sebagai contoh, kenapa awk kutip sampah ni. Kita jawab: Sbb Allah yg suruh. Kenapa awk mandi? instead of nk jawab sebab sy nak bersih, better said Kerana Allah sukakn yg bersih, so sy nak bersih. Nampak tak apa yg sy nak sampaikan? Lebih kurang macam tu lah.
Susah sebenarnya nk bersihkan ilah2 yg dah ada dlm hati ni, sbb dah sebati dgn diri..huhu Nak dijadikan cerita, isnin mlm sy ada usrah, kakak usrah sy bertanya, kenapa korang ni pergi usrah ye?? Setiap org pn jawabla sebab tuntutan syahadah tu, bla bla bla tidak kurang juga sy dgn jwpn utk ditarbiyah dan mensucikan fikrah, wah wah wah ingat jwpn da bagus sgt la kan. Kecewanya, kakak tu mahu dgr 1jwpn je iaitu Kerana Allah. Tengok tu, wlpn kami dah dipesan pd hari yg sblmnye, next time buat apa-apa semuanya haruslah kerana Allah, tapi kami terlupa lg.
Kembalikan ilah anda pada yg haq, Allah.
Till then, mg bermanfaat :)