Friday, 30 December 2011

#13 - Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..wah lamenye rase tak update blog..salah sy sendiri sbb pemalas sgt..hahaha =P
Alhamdulillah, guys its end of year 2011 and today is my bestfren birthday, my usrah mate, adila albar and name manje dia, dik dila :) sanah helwah ukhti, moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhiratmu ^_^

Hey..dah ade azam tahun baru 2012?? saya takde wat ape2 azam pun sbb dah ade senarai2 azam yg dibuat masa tahun baru islam hari tu..hikhik tapi nak tambah satu azam lagilah..aritu tak senaraikan pun..bolehkan ;) 

Urm..saya berazam untuk tambah anak, wlpn tanpa suami lagi *hahaha statement bahaya ni* oppsss!!
jangan salah faham, boleh je kan ade anak yg halal wlpn msh belum berkahwin, sy nak tambah anak sedare (along and angah nye tangjwb utk realisasikan mission ni) dan jugak anak adik2 usrah insyaAllah :)

Okayyy berbalik pada tajuk entry ni, nak cite pasal nikmat. Definition? korang google lah sendiri mesti mcm2 definisi korang boleh dapat. As for me, ape yg kamu ada, miliki (wlpn bkn haq milik kamu melainkan pinjaman dan amanah dari Allah semata), ape yg kamu rasai baik kesusahan mahupun kesenangan adlh nikmat. Dipendekkan sumenye nikmat lah, menulis nikmat, bernafas nikmat, makan satay nikmat(huu teringinnye nk mkn), ade bnyk task nikmat, sitting for exam pun nikmat yg dirasai after exam tu tamat, rase bahagia kan bile dah habis exam, sekejap je pastu rase takut balik nak tunggu result pulak hehe fitrahnye camtulah.. :)

Alhamdulillah, aritu diberi peluang utk ikut tamrin brunei (akhawat brunei sgt baik, i likeee them very muchh), dapatla ikut satu sesi je dgn ust Atif kalau tak silap, bnyk yg ustaz share antaranya pasal nikmat :)

Nikmat yang ustaz maksudkan nikmat hidup, akal, islam, iman, ukhuwah, tarbiyah, dakwah, jihad, syurga dan nikmat yang tertinggi sekali iaitu nikmat melihat Allah.

Ustaz cakap, ''Tak semua yang merasai nikmat hidup, dapat merasai nikmat akal (alhamdulillah saya dapat), tak semua yang merasai nikmat akal, merasai nikmat Islam aka 'muslim' (alhamdulillah saya dapat), tak semua yg merasai nikmat islam tu merasai nikmat iman aka 'mukmin' (alhamdulillah still berusaha to be mukmin), tak semua yang merasai nikmat iman tu merasai nikmat ukhuwah (alhamdulillah dilimpahi dgn kasih mereka yg mengasihiku kerana-Nya), seterusnya, tak semua yg merasai nikmat ukhuwah ni, merasai nikmat tarbiyah (alhamdulillah Allah memilih saya utk bersama-sama mereka mendidik jiwa), dan tak semua yang merasai nikmat tarbiyah ni merasai nikmat dakwah (Alhamdulillah dpt merasai sikit wlpn masih berjinak-jinak, berikan kekuatan buatku Allah), dan tak semua yang merasai nikmat dakwah ni merasai nikmat jihad (yup, menuntut mujahadah yg sgt tinggi utk melawan nafsu dan karat2 jahiliah yg masih bertapak dihati, huh berat), then, tak semua yang merasai nikmat jihad ni merasai nikmat syurga (pengakhiran yg paling penting, matikanlah hati ini dalam iman ya Allah, kami takut azab nerakaMu, lindungilah Kami dari Jahanam), last but not least tak semua yg merasai nikmat syurga nanti dapat merasai nikmat bertemu dan melihat Allah (subhanallah, can i be part of them, i really really want to meet my Beloved)


Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang kite perolehi sekarang ni, dan berusahalah utk meraih nikmat2 yg lain-lain tu kan, nikmat tu sume takkan datang bergolek tanpa usaha dan doa kite.. :)

Thursday, 1 December 2011

#12 - Realiti Kehidupan

Bismillah


Someone said: 
"Ramai sahabat sekarang yang 'menjaga hati' bukan 'menasihati'."

Do you realize that? Betulkan erm..
Perlu lebih terbuka utk menerima teguran supaya org senang utk menegur.
Perlu belajar and lebih berani menegur org secara jujur. (*terasa plak huk huk*)
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ok~




Be a better muslimah hanisa, can you? 
InsyaAllah, where there is the will, there is the way ^^

Tuesday, 29 November 2011

#11 - Duhai Hati

Bismillah..


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita semua. 
So many things happen to me this week, and my heart ache, sedih...


Ya Allah, kurniakan kesembuhan utk mereka yg sakit, mereka yg aku sayangi.
Ya Rabb, kurniakan kemudahan dlm segala urusan utk dia yg aku kasihi.
Ya Rahman, kurniakan aku kekuatan utk menahan amarahku.


Maafkan kak nisa...
Akak belum dapat melaksanakan tugas sbg seorg kakak yg baik :(


~dear heart, i asked u to be strong~

Thursday, 24 November 2011

#10 - Abah ♥

Pkl 830pm tadi abah call nisa, nisa pn mengadu simcard digi hilang, celcom line kene barred dah overlimit... huhu  nisa ckp sedihla, dah half of the day mak tak call, akak pun sama (melupakan i mentang2 cuti kan), 2hari tak dengar suara muhammad, rindu...

Ingatkan dpt raih simpati abah, nak manja-manja..hikhik =P tapi abah membebel pulak:


''Disiplin, disiplin, disiplin. Emm skrg dah tak disiplin ea. Lain kali letak jam, spec, hp (bnda2 penting mcm sim card yg ntah cuai mana letak grr) kat tempat yg mudah dicari, meja study, laci ke bla bla bla.......''

Dlm hati sy, dah lama tak dengar abah marah dengan sy, dpt dengar suara je pn jadilah :)

Aseef, tercerita pasal family..too bad i want to keep it here, my memory is not good though..hee :)
Okay, ada pengajaran jugak from this entry, jangan jd seperti sy...lol joking
Ibrahnya ialah inthibat (disiplin). Disiplin ni pelaksanaan yg dituntut terhadap sesuatu perkara, mcm adil la jgk konsepnye, meletakkan sesuatu pada haq nya. Dan dalam islam, sifat disiplin amatlah dituntut utk setiap penganutnya bukan utk pengawas, cikgu disiplin, pakcik askar and polis je.. :)

Wednesday, 23 November 2011

#9 - My Favor

Bismillah..

Dear friends, would you mind doing me a favor?
can you point out my weakness so that i can improve it :)
you, the one read this, if you know me well and mind to share,
please leave your comment, i really like to know the answer
and will be much appreciated, and thanks in advance

Good news: No closing date for this..lol :)

#8 - Di mana letaknya ilah anda??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ahad yg lepas sy dpt menghadiri daurah SH. Tapi bukanlah tujuan sy nk menceritakn pasal SH here, sbb tajuk ni agak berat (sampai demam2 sy dibuatnya, lol viral infection yg sy dpt sbnrnye ni).

Okay, lets share a bit yg sy dpt drpd Kak Fiza (akhawat dr KL). Kak Fiza bnyk menyentuh soal ilah (sembahan2). Kamu semua tahukan dlm kalimah La ilah illa Allah, ade perkataan ilah ni, kenapa tidak digunakan la rabbu illa Allah (i wish can wrote it in arabic so that u all can see it really clear). Rabb di sini bermaksud tuhan, manakala ilah pula bermaksud sembahan.

Sifat ketuhanan ini yg ditunjukkan Allah kepada hambanya (spt ar-rahman, ar-rahim etc). Whereas, sifat ilah ditunjukkan oleh hambanya kpd tuhannya. Sembahan-sembahan ni boleh jadi bnyk, dan bila kita sembah yg selain Allah, bukankah syirik namanye tu? (bukan niat sy nk mensyirikkan org, sy hanya cuma ingin kita berfikir). Antara sembahan-sembahan yg dinyatakan dlm Quran, dlm surah At-taubah ayt 24

Katakanlah, ''Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai drpd Allah dan RasulNya serta berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.'' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. (9:24)

Banyakkan sembahan-sembahan manusia ni, rasa cinta, takut, pengharapan yg sepatutnya ditunjukkan oleh hamba kepada sembahannya pun kadang-kadang kita manusia ni tersalah letak. Menurut Kak Fiza (sy kurang pasti sumber dari mana, terlupa nak tanya), ada 3 jenis berhala dlm hati manusia:

  1. Hawa nafsu (keinginan)
  2. mengikut adat-adat orang lama (tradisi)
  3. Pemimpin

Di mana letaknya rasa takut kita, rasa kebergantungan, rasa yakin?  Sains juga berbahaya, kita yakin api shj yg boleh mendidihkan air pada suhu 100 degree celcius air mendidih (sbg contoh), then benda lain tak boleh mendidihkan air, cthnye ais? So, keyakinan kita di sini terletak pada api, walhal dgn kuasa Allah anythings can happen, kalau Allah kata Kun, maka Fayakun lah, tiada siapa yg boleh menghalang.

In fact, dlm solat harian kita, disebabkn solat tu dah mcm rutin, kita selalu leka dlm solat. Apa yg kita katakan tak selaras dgn hati. Cthnye, setiap kali solat kita akn niat, sahaja aku sembahyang fardhu....kerana Allah taala. Cuba reflect diri, tiap2 kali kamu niat, adakah sekadar dibibir shj or hati kita hadir sama2. Kak Fiza ada bg cth. Ada seorg lelaki ni jarang solat, dia tahu gf dia ni alimla, solat awl waktu. Dipendekkan cerita, setiap kali mereka keluar bersama, lelaki ni akn singgah ke masjid untuk solat. Cuba kita fikir, wlpn lelaki ni  niat kuat-kuat sekalipun ''shj aku solat fardhu...kerana Allah Taala'', tp niat dlm hati dia sbb perkara lain, dan bukan kerana Allah seperti dilidahnya.

Sepatutnya, in any tasks we do, kita kena ckp kerana Allah barulah sebab-sebab yang lain dtg kemudian. Sebagai contoh, kenapa awk kutip sampah ni. Kita jawab: Sbb Allah yg suruh. Kenapa awk mandi? instead of nk jawab sebab sy nak bersih, better said Kerana Allah sukakn yg bersih, so sy nak bersih. Nampak tak apa yg sy nak sampaikan? Lebih kurang macam tu lah.

Susah sebenarnya nk bersihkan ilah2 yg dah ada dlm hati ni, sbb dah sebati dgn diri..huhu Nak dijadikan cerita, isnin mlm sy ada usrah, kakak usrah sy bertanya, kenapa korang ni pergi usrah ye?? Setiap org pn jawabla sebab tuntutan syahadah tu, bla bla bla tidak kurang juga sy dgn jwpn utk ditarbiyah dan mensucikan fikrah, wah wah wah ingat jwpn da bagus sgt la kan. Kecewanya, kakak tu mahu dgr 1jwpn je iaitu Kerana Allah. Tengok tu, wlpn kami dah dipesan pd hari yg sblmnye, next time buat apa-apa semuanya haruslah kerana Allah, tapi kami terlupa lg.

Kembalikan ilah anda pada yg haq, Allah.

Till then, mg bermanfaat :)

Friday, 18 November 2011

#7 - Yakin Menolak Ragu-ragu

Bismillah..
Alhamdulillah, mlm td sy diberi peluang lg utk menghadiri usrah, bnyk perkongsian yg diberi mostly menekankan ciri2 org munafik, dan bnyk jgk ayt Quran yg menceritakn ttg golongan ini, aduh Ya Rabb jgn Engkau golongkan aku dikalangan org2 yg munafik, yg hnya jihad sebentar, hangat2 tahi aym shj, yg hanya berpura2 dlm medan ini, yang terkadang selalu memberi alasan itu dan ini...nauzubillah.. :(

Firman Allah dlm surah At-Taubah 9:44-46:
Orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (utk tidak ikut) kepadamu berjihad dgn harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui org2 yg bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (Muhammad), hanyalah org2 yg tidak beriman kpd Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dlm keraguan. Dan jika mereka mau berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan utk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, 
''tinggallah kamu bersama org2 yg tinggal itu''


Selalu bg alasan utk skip prgm?? Nah akhirnya Allah yg tak nak kita ada bersama mereka, krn kita akn membuat kacau je bila ada..kalau dah tau ada prgm weekend prepare la stdy sume awl2, siapknla homework awl2 (berckp utk diri sendiri). Bukankah Allah dah berfirman, kalau betul kita nak berangkat mesti kita da bersiap awal2..jangan salahkan dakwah kalau kita ada mslh dgn stdy, kita yg tak manage time well, wlpn begitu jgn putus asa, jika kamu berkehendak pd kebaikan, Allah pasti tunjukkan jalan bukan hanya 1 tapi banyak jalan utk kemudahan kita, dgn syarat kita kenalah yakin dengan Allah, bukankah janji Allah tu pasti berlaku :)


Dan orang2 yg berjihad utk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta org2 yg berbuat baik. [Al-Ankabut 29:69]

Kalau kita bg alasan pun kan nk skip prgm, sy bz nak buat itu ini padahal (Allah saje yg tau), kita cume menikmati kesenangan yg sebentar je, yep sekejap je time kawan2 pegi prgm, time tu je la kita free dgn melayan perkara yg ntah bermanfaat ke tak, pastu same je mcm diaorg balik buat kerje masing, tapi seriously, sbnrnye kita jgkla yg rugi (ditujukan utk diri sendiri hukhuk)..


Katakanlah, ''lari tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika demikian (kamu terhindar dari kematian), kamu hanya mengecap kesenangan sebentar saja.''
[Al-Ahzab 33:16]


Ya Allah, berikanlah kami iman yg sebenarnya, keyakinan sehingga kami tidak lagi gentar dan ragu-ragu atau mengharap org lain selain dari Engkau sendiri, amin.



nb: bersyukur tau kalau anda terpilih utk menghadiri majlis ilmu ^_^ dan sy rase mlm td sume kata2 murabbi kena betul dgn btg hidung sy sendiri..huhuh Astaghfirullah aslih nafsak wad'u ghairik~

Wednesday, 16 November 2011

#6 - Syndrome Ana Khair Minhu

Bismillahirrahmanirrahim


Hasan Basri (rahimahullaah) advised some of his students admonishing them about avoiding the state of being proud. He said: 

“Do not deceive yourself into being too proud because you are in a good or righteous environment, for there is no place that is better than Paradise, and our father, Adam (AS), experienced there what is known to all. Do not become proud merely because you worship often, for consider what happened to Iblees (ash Shaytaan) after he spent a great deal of time worshiping. Do not think yourself great because you have met with righteous people, for there is no man more righteous than the Prophet Muhammad (SAW), yet the disbelievers and hypocrites did not benefit by simply knowing him.”


“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan”
[Imam Hasan Al-Basri] ♥


#5 - Manusia Keliru

Bismillahirrahmanirrahim

Kekeliruan timbul dikalangan non-muslim, dan ini jawapan kita 

Tetapi kekeliruan yg ini bahkan berlaku dikalangan muslim itu sendiri, apakah yg dikelirukan?? Firman Allah dlm surah Az-Zariyat ayt 56-58:

Dan (ingatlah) Aku tidak meciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat kukuh kekuasaanNya.

Manusia mungkin keliru dengan tugas utama mereka, antara sibuk mencari rezeki ataupun sibuk beribadah kpd Allah??

Yakinlah dgn janji Allah, bukankah Dia Ar-Razak :)

Tiada daya dan upaya kecuali dgn pertolongan Allah :(
nb: sy suka zikir ni, sgt menyentuh hati sy, rase Dialah satu2nya tempat bergantung,  rasa tawakal  dan berserah diri kpd Allah terutama dlm keadaan susah, dlm keadaan senang pn zikir ini sgt berkesan utk sy, slalu mengingatkn sy, kamu tiada haq utk berbangga ats sebarang nikmat yg kamu miliki skrg, krn Dialah Allah yg mengurniakannya kpdmu, bukan hasil titik peluh kamu semata.

#4 - Fitnah pada Agama

Bismillahirrahmanirrahim
Acap kali sy mendengar, bahkan dulunya jg sy slalu menjadikn ia sbg alasan utk tidak aktif dlm usaha 'dakwah',

''Maaf kak, sy tak dpt hadir prgm exam dah dekat, sy xmahu result sy teruk, nnt jd fitnah pd agama''
''Parents sy hntr sy ke sini suh stdy, jihad jgk tu''

Kita sangka, result kita teruk, kita failed exm, kita tlh mendatangkan fitnah pd agama, walhal kalau kita tak ''faham agama'' itu sendiri, adakah ianya tidak menjadi fitnah pd agama?? 

Kebaikan itu bukanlah letaknya pd mendpt kejayaan, dpt jd dctr, dpt suami yg soleh, tp kebaikan yg sebenarnya adlh apbl diberi ''kefahaman pd ad-din''

Sesiapa yg Allah mahukan kebaikan baginya, Dia Allah memberikannya kefahaman dlm ad-Din (Sahih Bukhari & Muslim)


Yup, study tu pn salah satu usaha jihad, tp ada beza jihad utk diri sendiri dn jihad utk ummat, dan kedua-duanya itu perlu dan sepatutnya seimbang..Pernah tak kamu terfikir selain ibubapa kamu yg hntr kamu ke sini (uni) utk bljr adakah tujuan lain yg lbh penting?? Adakah semata-mata utk stdy?? Apa pula kata pencipta kamu? 


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu 
(Az-Zariyat 51:56)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kpd para malaikat, ''Aku hendak menjadikn khalifah di bumi.'' 
(Al-Baqarah 2:30)


Adakah dengan tidak melibatkan diri dgn dakwah, kita boleh jamin yg kita akn lulus exm? Kalau kita tak faham dakwah pn kita ade peluang utk gagal........ :(


Monday, 14 November 2011

#3 - Waking Up

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, semalam sy baru lepas tamat menghadiri satu program selama 2hari bersama Sheikh Mohamad Hamed Elawa, seorg ust dr middle east, urmmm nasib baik ade translater, tercengang n tergaru2 jgk kepala mendengar kata2 beliau in arabic (rasa nk bljr semula bhs ni, huhu)..

Macam2 yg dikongsikan spt pengalamannya dlm bidang dakwah dan bingkisan hadiah berupa kisah hidup Imam Hassan Al-Banna yg diceritakan olh beliau dgn penuh bersemangat dan berkobar2, sy rasa dia spt tidak penat berkata2, n most of the time sy spt ditampar, terpukul dgn kata2 beliau, sgt tersentuh wlpn teguran itu dibuat secara umum, sungguh hati ini sgt terasa, hinanya saya rasa. 

Apa yg membuatkan sy spt waking up from daydreaming tu?? Kamu nk tau apa yg Sheikh pesan setiap kali habis bengkel dimana kami ditugaskan utk menyediakn ''plan of action'',

 ''ALLAH SWT akan mempertanggungjwbkn ke atas kamu apa yg kamu dengar, lihat, dan tuliskan ini'' 

Sy rasa satu tanggungjwb yg sgt besar, dan memohon kpd Allah agr sy diberi kekuatan utk terus berada di jalan ini agar sy dpt melaksanakan amanah ini sehabis baik mengikut kemampuan sy. Sy jg mohon agar diri ini tidak cuai dgn amanah yg diberi, perkenankanlah Ya Allah. 

Lagi satu kata2 beliau yg sgt terkesan pd diri sy,

''Hadir program adalah satu sikap yg baik, tetapi kehadiran tanpa kesan adalah tidak berguna''

Pengembangan dan peningkatan (iman, ilmu, amal) dlm tarbiyah berlaku sejajar dgn penambahbaikkan (perubahan) yg berlaku pd indidvidu tersebut. Usaha tarbiyah itu tidak menatijahkan perubahan yg terhasil. So, kalau kita pergi semata-mata menghadiri program tp slps prgm kite masih ditakuk lama, takde gunalah kehadiran tu. Sbb tu kami dipesan berkali2 olh beliau, jadilah spt Umar Abd Aziz, (mg amalannya diterima Allah) di mana setiap langkahnya, dia akn memperbaharui niatnya supaya amalan itu tidak menjadi sia2. 

Kita juga perlu memastikan peningkatan dlm ketiga-tiga aspek (akal, hati, jasad) berlaku secara serentak, seimbang dan sempurna supaya tidaklah berlaku hydrocephalus, hepatomegaly, dan acromegaly disebabkn peningkatan dlm satu2 aspek shj. Yup, ianya suatu tugas yg sgt susah ttp tidak mustahil..nk cubalah :)

Beliau turut berkongsi kaedah utk menjaga hubungab baik dgn sahabat, sgt praktikal ni:

  1. Menunjukkan wajah yg ceria dan akhlak yg baik apbl bertemu
  2. Mempermudahkan bukan menyusahkan sahabat
  3. Mengetahui cara perkenalan dgn seseorg, tahu apa yg shbt tu suka & tak suka
  4. Sgt prihatin, mengambil berat dan menjadi pendengar yg baik buat sahabat
  5. Merendah hati dan tawadhu', menyantuni mereka umpama ibu yg melayani anaknya
  6. Berlapang dada sekiranya tidak bersefahaman
  7. Tidak berkecil hati, tidak memarahi tetapi terus berusaha memelihara mrk dr jahiliah
  8. Berusaha keras utk membantu sahabat dlm kesusahan dgn sepenuh hati

Oh, Sheikh juga berpesan, jgn biarkan satu hari anda berlalu tnpa membaca al-Quran ^__^

Thanks for reading, till then :)


Friday, 11 November 2011

#2 - The Essence of Love

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, credit to abg irwan, i read this from his post in fb, tersentuhla baca..


"I love you because all the loves in the world are like different rivers flowing into the same lake, 
where they meet and are transformed into a single love that becomes rain and blesses the earth.
I love you like a river that gives water to the thirsty and takes people where they want to go.
I love you like a river which understands that it must learn to flow differently over waterfalls 
and to rest in the shallows.
I love you because we are all born in the same place, at the same source,

which keeps us provided with a constant supply of water. 
And so, when we feel weak, all we have to do is wait a little. 
The spring returns, the winter snows melt and fill us with new energy.
I receive your love and I give you mine.
Not the love of a man for a woman, not the love of a father for a child, 

not the love of God for his creatures.
But a love with no name and no explanation
Like a river that cannot explain why it follows a particular course, but simply flows onwards.
A love that asks for nothing and gives nothing in return; it is simply there. 

I will never be yours and you will never be mine;
nevertheless, I can honestly say: I love you..."
~Paulo Coelho~



And me simply agree with him, said that: our understanding of love is constantly bombarded by the media, from the lewd lyrics of american musics to movies about korean romantics, love become overly sensualized..

Betul kan, besar sebenarnye makna cinta ni, tapi skrg ni susahnya nk lafazkan istilah sy cinta kamu, sy sayang kamu, sbb masyarakat (ataupun kita sendiri) lbh cenderung bila cakap love2 je, mesti fikir cinta lelaki dan perempuan, dan ianya berbeza dgn cinta hamba kpd tuhan, cinta seorg ank kpd ibubapa, cinta adikberadik, cinta seorg sahabat or anything yg menyebabkan kita tak selesa or segan nak melafazkn rasa cinta tu apetah lg dgn insan yg berlainan jantina, takut timbul salah faham yg kita syok kat dia, nanti kena kawin pula, hehe :P 

Kalau melafazkan tu payah dan akn menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya, cukupla sekadar menunjukkan kasih syg dgn perbuatan, saling menasihati, saling tolong menolong, taking care each other, bg present dsb..mudah kan! 


Padahal cinta tu sama je, rasa kasih sayang tak kirala pd sesiapa pun kita nak berbagi, ianya fitrah. Bezanya quantity and quality cinta tu (sejak bile cinta boleh dikira? mungkin perkiraan tnpe menggunakn calculator lol). yelah, korang mesti lebih cintakan family korang dari saya kan?? :D

Till then, I love You all *wink*

#1 - Trying Something New!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum everyone!!!

Alhamdulillah, a quick update from me for the first time, yupppss well this is my first time blogging (on 11/11/11, nice date right?) Yep, kadang2 rase outdated sgt, yoo its 2011 and she just have her blog? budak lagi muda dari saya pun dah ade beribu2 entry kan kan, and she just start it, so lame~ 

haha tak kisahla ye, janji dah ade skrg kan~

okay lets share a bit about TIME
pernah dgr Allah bersumpah dgn masa? pernah dgr lagu Raihan yg demi masa tu?? 

Dlm surah al-Asr, Allah berfirman: Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran.

Bile cite pasal masa, saya akan terfikir:
hari2 semua org akn rasa diri dia tu sibuk, busy je sepanjang masa. Its a fact, sama ada u doing something or u doing nothing, mest kamu ckp ''bz la jugak tapi rileks la sikit''. 

Ya, itulah hakikatnye, sume org tu dik..sibuk, yg membezakannya tu cume APE YG DISIBUKKAN..

Do we busy for the right thing that we should busy for or do we busy wasting our time doing something unnecessary..

Cthnye, seorg pelajar tu sepatutnye dia busy study, tp sebaliknye mase utk stdy tu dia peruntukkan utk main games, FB, bace komikla which end up, dia pn rase bz jgk wat bnde tu sume smpai tak sempat nak stdy, inikan pula nak melaksanakan tngjwb utama dia yg tlh diperintahkan olh Sang Pencipta, iaitu mengikut tujuan manusia itu diciptakan (sbg abid dan khalifah). Hmmm you decide la nk bz yg mcm mane, the choice is in your hand, life is yours.. :)

Teringat pulak tanya seorg sahabat, sume org akn mati, anda mahu mati yg bagaimana??
Ya Allah, aku mohon kesudahan yg baik utk semua org yg bersama-sama ku..

Jika Engkau mentakdirkn mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sbg para syuhada dlm perjuangan agamaMu
 ~Doa Rabitah~

Thanks for reading
Till then