Tuesday, 29 November 2011

#11 - Duhai Hati

Bismillah..


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita semua. 
So many things happen to me this week, and my heart ache, sedih...


Ya Allah, kurniakan kesembuhan utk mereka yg sakit, mereka yg aku sayangi.
Ya Rabb, kurniakan kemudahan dlm segala urusan utk dia yg aku kasihi.
Ya Rahman, kurniakan aku kekuatan utk menahan amarahku.


Maafkan kak nisa...
Akak belum dapat melaksanakan tugas sbg seorg kakak yg baik :(


~dear heart, i asked u to be strong~

Thursday, 24 November 2011

#10 - Abah ♥

Pkl 830pm tadi abah call nisa, nisa pn mengadu simcard digi hilang, celcom line kene barred dah overlimit... huhu  nisa ckp sedihla, dah half of the day mak tak call, akak pun sama (melupakan i mentang2 cuti kan), 2hari tak dengar suara muhammad, rindu...

Ingatkan dpt raih simpati abah, nak manja-manja..hikhik =P tapi abah membebel pulak:


''Disiplin, disiplin, disiplin. Emm skrg dah tak disiplin ea. Lain kali letak jam, spec, hp (bnda2 penting mcm sim card yg ntah cuai mana letak grr) kat tempat yg mudah dicari, meja study, laci ke bla bla bla.......''

Dlm hati sy, dah lama tak dengar abah marah dengan sy, dpt dengar suara je pn jadilah :)

Aseef, tercerita pasal family..too bad i want to keep it here, my memory is not good though..hee :)
Okay, ada pengajaran jugak from this entry, jangan jd seperti sy...lol joking
Ibrahnya ialah inthibat (disiplin). Disiplin ni pelaksanaan yg dituntut terhadap sesuatu perkara, mcm adil la jgk konsepnye, meletakkan sesuatu pada haq nya. Dan dalam islam, sifat disiplin amatlah dituntut utk setiap penganutnya bukan utk pengawas, cikgu disiplin, pakcik askar and polis je.. :)

Wednesday, 23 November 2011

#9 - My Favor

Bismillah..

Dear friends, would you mind doing me a favor?
can you point out my weakness so that i can improve it :)
you, the one read this, if you know me well and mind to share,
please leave your comment, i really like to know the answer
and will be much appreciated, and thanks in advance

Good news: No closing date for this..lol :)

#8 - Di mana letaknya ilah anda??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ahad yg lepas sy dpt menghadiri daurah SH. Tapi bukanlah tujuan sy nk menceritakn pasal SH here, sbb tajuk ni agak berat (sampai demam2 sy dibuatnya, lol viral infection yg sy dpt sbnrnye ni).

Okay, lets share a bit yg sy dpt drpd Kak Fiza (akhawat dr KL). Kak Fiza bnyk menyentuh soal ilah (sembahan2). Kamu semua tahukan dlm kalimah La ilah illa Allah, ade perkataan ilah ni, kenapa tidak digunakan la rabbu illa Allah (i wish can wrote it in arabic so that u all can see it really clear). Rabb di sini bermaksud tuhan, manakala ilah pula bermaksud sembahan.

Sifat ketuhanan ini yg ditunjukkan Allah kepada hambanya (spt ar-rahman, ar-rahim etc). Whereas, sifat ilah ditunjukkan oleh hambanya kpd tuhannya. Sembahan-sembahan ni boleh jadi bnyk, dan bila kita sembah yg selain Allah, bukankah syirik namanye tu? (bukan niat sy nk mensyirikkan org, sy hanya cuma ingin kita berfikir). Antara sembahan-sembahan yg dinyatakan dlm Quran, dlm surah At-taubah ayt 24

Katakanlah, ''Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai drpd Allah dan RasulNya serta berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.'' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. (9:24)

Banyakkan sembahan-sembahan manusia ni, rasa cinta, takut, pengharapan yg sepatutnya ditunjukkan oleh hamba kepada sembahannya pun kadang-kadang kita manusia ni tersalah letak. Menurut Kak Fiza (sy kurang pasti sumber dari mana, terlupa nak tanya), ada 3 jenis berhala dlm hati manusia:

  1. Hawa nafsu (keinginan)
  2. mengikut adat-adat orang lama (tradisi)
  3. Pemimpin

Di mana letaknya rasa takut kita, rasa kebergantungan, rasa yakin?  Sains juga berbahaya, kita yakin api shj yg boleh mendidihkan air pada suhu 100 degree celcius air mendidih (sbg contoh), then benda lain tak boleh mendidihkan air, cthnye ais? So, keyakinan kita di sini terletak pada api, walhal dgn kuasa Allah anythings can happen, kalau Allah kata Kun, maka Fayakun lah, tiada siapa yg boleh menghalang.

In fact, dlm solat harian kita, disebabkn solat tu dah mcm rutin, kita selalu leka dlm solat. Apa yg kita katakan tak selaras dgn hati. Cthnye, setiap kali solat kita akn niat, sahaja aku sembahyang fardhu....kerana Allah taala. Cuba reflect diri, tiap2 kali kamu niat, adakah sekadar dibibir shj or hati kita hadir sama2. Kak Fiza ada bg cth. Ada seorg lelaki ni jarang solat, dia tahu gf dia ni alimla, solat awl waktu. Dipendekkan cerita, setiap kali mereka keluar bersama, lelaki ni akn singgah ke masjid untuk solat. Cuba kita fikir, wlpn lelaki ni  niat kuat-kuat sekalipun ''shj aku solat fardhu...kerana Allah Taala'', tp niat dlm hati dia sbb perkara lain, dan bukan kerana Allah seperti dilidahnya.

Sepatutnya, in any tasks we do, kita kena ckp kerana Allah barulah sebab-sebab yang lain dtg kemudian. Sebagai contoh, kenapa awk kutip sampah ni. Kita jawab: Sbb Allah yg suruh. Kenapa awk mandi? instead of nk jawab sebab sy nak bersih, better said Kerana Allah sukakn yg bersih, so sy nak bersih. Nampak tak apa yg sy nak sampaikan? Lebih kurang macam tu lah.

Susah sebenarnya nk bersihkan ilah2 yg dah ada dlm hati ni, sbb dah sebati dgn diri..huhu Nak dijadikan cerita, isnin mlm sy ada usrah, kakak usrah sy bertanya, kenapa korang ni pergi usrah ye?? Setiap org pn jawabla sebab tuntutan syahadah tu, bla bla bla tidak kurang juga sy dgn jwpn utk ditarbiyah dan mensucikan fikrah, wah wah wah ingat jwpn da bagus sgt la kan. Kecewanya, kakak tu mahu dgr 1jwpn je iaitu Kerana Allah. Tengok tu, wlpn kami dah dipesan pd hari yg sblmnye, next time buat apa-apa semuanya haruslah kerana Allah, tapi kami terlupa lg.

Kembalikan ilah anda pada yg haq, Allah.

Till then, mg bermanfaat :)

Friday, 18 November 2011

#7 - Yakin Menolak Ragu-ragu

Bismillah..
Alhamdulillah, mlm td sy diberi peluang lg utk menghadiri usrah, bnyk perkongsian yg diberi mostly menekankan ciri2 org munafik, dan bnyk jgk ayt Quran yg menceritakn ttg golongan ini, aduh Ya Rabb jgn Engkau golongkan aku dikalangan org2 yg munafik, yg hnya jihad sebentar, hangat2 tahi aym shj, yg hanya berpura2 dlm medan ini, yang terkadang selalu memberi alasan itu dan ini...nauzubillah.. :(

Firman Allah dlm surah At-Taubah 9:44-46:
Orang2 yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (utk tidak ikut) kepadamu berjihad dgn harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui org2 yg bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (Muhammad), hanyalah org2 yg tidak beriman kpd Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dlm keraguan. Dan jika mereka mau berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan utk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, 
''tinggallah kamu bersama org2 yg tinggal itu''


Selalu bg alasan utk skip prgm?? Nah akhirnya Allah yg tak nak kita ada bersama mereka, krn kita akn membuat kacau je bila ada..kalau dah tau ada prgm weekend prepare la stdy sume awl2, siapknla homework awl2 (berckp utk diri sendiri). Bukankah Allah dah berfirman, kalau betul kita nak berangkat mesti kita da bersiap awal2..jangan salahkan dakwah kalau kita ada mslh dgn stdy, kita yg tak manage time well, wlpn begitu jgn putus asa, jika kamu berkehendak pd kebaikan, Allah pasti tunjukkan jalan bukan hanya 1 tapi banyak jalan utk kemudahan kita, dgn syarat kita kenalah yakin dengan Allah, bukankah janji Allah tu pasti berlaku :)


Dan orang2 yg berjihad utk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta org2 yg berbuat baik. [Al-Ankabut 29:69]

Kalau kita bg alasan pun kan nk skip prgm, sy bz nak buat itu ini padahal (Allah saje yg tau), kita cume menikmati kesenangan yg sebentar je, yep sekejap je time kawan2 pegi prgm, time tu je la kita free dgn melayan perkara yg ntah bermanfaat ke tak, pastu same je mcm diaorg balik buat kerje masing, tapi seriously, sbnrnye kita jgkla yg rugi (ditujukan utk diri sendiri hukhuk)..


Katakanlah, ''lari tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika demikian (kamu terhindar dari kematian), kamu hanya mengecap kesenangan sebentar saja.''
[Al-Ahzab 33:16]


Ya Allah, berikanlah kami iman yg sebenarnya, keyakinan sehingga kami tidak lagi gentar dan ragu-ragu atau mengharap org lain selain dari Engkau sendiri, amin.



nb: bersyukur tau kalau anda terpilih utk menghadiri majlis ilmu ^_^ dan sy rase mlm td sume kata2 murabbi kena betul dgn btg hidung sy sendiri..huhuh Astaghfirullah aslih nafsak wad'u ghairik~

Wednesday, 16 November 2011

#6 - Syndrome Ana Khair Minhu

Bismillahirrahmanirrahim


Hasan Basri (rahimahullaah) advised some of his students admonishing them about avoiding the state of being proud. He said: 

“Do not deceive yourself into being too proud because you are in a good or righteous environment, for there is no place that is better than Paradise, and our father, Adam (AS), experienced there what is known to all. Do not become proud merely because you worship often, for consider what happened to Iblees (ash Shaytaan) after he spent a great deal of time worshiping. Do not think yourself great because you have met with righteous people, for there is no man more righteous than the Prophet Muhammad (SAW), yet the disbelievers and hypocrites did not benefit by simply knowing him.”


“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan”
[Imam Hasan Al-Basri] ♥


#5 - Manusia Keliru

Bismillahirrahmanirrahim

Kekeliruan timbul dikalangan non-muslim, dan ini jawapan kita 

Tetapi kekeliruan yg ini bahkan berlaku dikalangan muslim itu sendiri, apakah yg dikelirukan?? Firman Allah dlm surah Az-Zariyat ayt 56-58:

Dan (ingatlah) Aku tidak meciptakan jin dan manusia melainkan utk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat kukuh kekuasaanNya.

Manusia mungkin keliru dengan tugas utama mereka, antara sibuk mencari rezeki ataupun sibuk beribadah kpd Allah??

Yakinlah dgn janji Allah, bukankah Dia Ar-Razak :)

Tiada daya dan upaya kecuali dgn pertolongan Allah :(
nb: sy suka zikir ni, sgt menyentuh hati sy, rase Dialah satu2nya tempat bergantung,  rasa tawakal  dan berserah diri kpd Allah terutama dlm keadaan susah, dlm keadaan senang pn zikir ini sgt berkesan utk sy, slalu mengingatkn sy, kamu tiada haq utk berbangga ats sebarang nikmat yg kamu miliki skrg, krn Dialah Allah yg mengurniakannya kpdmu, bukan hasil titik peluh kamu semata.