Wednesday, 4 April 2012

Miss my Mom!!

Hai manusia, hormati ibumu
Yang melahirkan dan membesarkanmu
Darah dagingmu dari air susunya 
Jiwa ragamu dari kasih sayangnya
Dialah manusia satu-satunya 
Yang menyayangimu tanpa ada batasnya


Doa ibumu dikabulkan tuhan
Dan kutukannya jadi kenyataan
Redha ilahi kerana redhanya
Murka ilahi kerana murkanya


Bila kau sayang pada kekasih 
Lebih sayanglah pada ibumu
Bila kau patuh pada rajamu 
Lebih patuhla pada ibumu


Bukannya gunung tempat kau meminta
Bukan lautan tempat kau memuja
Bukan pula dukun tempat kau menghiba
Bukan kuburan tempat memohon doa
Tiada keramat yang ampuh didunia
Selain dari doa ibu mu jua..


Rindu mak :'(

Thursday, 26 January 2012

#15 - Di Mana Dia di Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim


Tertarik dengan petikan dari buku hasil karya Ust Pahrol Mohd Juoi:

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. 
Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali. Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?" Aku hanya mampu menjawab,
"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA. "Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua. Dan kita akan terus mengemis kasih...


Pernah kita bertanya dengan diri sendiri, di mana Dia di hatiku? sejauh mana aku mencintaiNya?? 
Bestlah buku ni, wlpn hakikatnya saya belum membaca dan memiliki buku ni..gonna buy 1 for myself :)

owh waiting for my sister to read this book and tell me what written inside the book :D
since she got Di Mana Dia Di Hatiku as her birthday present..hehe
Sanah helwa ukhti, may Allah's blessing be with you always :)
btw everythings in advance..should be ok, i think hihi ^^v

Wednesday, 4 January 2012

#14 - Exam Vs Holiday

Bismillah..

Doa sgt penting.
mnta dgn Allah tu biar terperinci, detail sgt2 lg bgus.
Allah suka hambanya yg meminta dgn rintihan, kesungguhan dlm doa tu penting.
Ya Rabb, berikn kekuatan utkku fokus stdy for this exm, bantu hmbaMu ini ya Rabb
Engkaulah sebaik2 sandaran dan Engkaulah sebaik-baik penolong, ameen.


Eii..aunt rindulahhh =) see u dear very soon *sabar, sabar*
Fokus exm dulu, jgn ingt cuti je =P

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, 30 December 2011

#13 - Nikmat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..wah lamenye rase tak update blog..salah sy sendiri sbb pemalas sgt..hahaha =P
Alhamdulillah, guys its end of year 2011 and today is my bestfren birthday, my usrah mate, adila albar and name manje dia, dik dila :) sanah helwah ukhti, moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhiratmu ^_^

Hey..dah ade azam tahun baru 2012?? saya takde wat ape2 azam pun sbb dah ade senarai2 azam yg dibuat masa tahun baru islam hari tu..hikhik tapi nak tambah satu azam lagilah..aritu tak senaraikan pun..bolehkan ;) 

Urm..saya berazam untuk tambah anak, wlpn tanpa suami lagi *hahaha statement bahaya ni* oppsss!!
jangan salah faham, boleh je kan ade anak yg halal wlpn msh belum berkahwin, sy nak tambah anak sedare (along and angah nye tangjwb utk realisasikan mission ni) dan jugak anak adik2 usrah insyaAllah :)

Okayyy berbalik pada tajuk entry ni, nak cite pasal nikmat. Definition? korang google lah sendiri mesti mcm2 definisi korang boleh dapat. As for me, ape yg kamu ada, miliki (wlpn bkn haq milik kamu melainkan pinjaman dan amanah dari Allah semata), ape yg kamu rasai baik kesusahan mahupun kesenangan adlh nikmat. Dipendekkan sumenye nikmat lah, menulis nikmat, bernafas nikmat, makan satay nikmat(huu teringinnye nk mkn), ade bnyk task nikmat, sitting for exam pun nikmat yg dirasai after exam tu tamat, rase bahagia kan bile dah habis exam, sekejap je pastu rase takut balik nak tunggu result pulak hehe fitrahnye camtulah.. :)

Alhamdulillah, aritu diberi peluang utk ikut tamrin brunei (akhawat brunei sgt baik, i likeee them very muchh), dapatla ikut satu sesi je dgn ust Atif kalau tak silap, bnyk yg ustaz share antaranya pasal nikmat :)

Nikmat yang ustaz maksudkan nikmat hidup, akal, islam, iman, ukhuwah, tarbiyah, dakwah, jihad, syurga dan nikmat yang tertinggi sekali iaitu nikmat melihat Allah.

Ustaz cakap, ''Tak semua yang merasai nikmat hidup, dapat merasai nikmat akal (alhamdulillah saya dapat), tak semua yang merasai nikmat akal, merasai nikmat Islam aka 'muslim' (alhamdulillah saya dapat), tak semua yg merasai nikmat islam tu merasai nikmat iman aka 'mukmin' (alhamdulillah still berusaha to be mukmin), tak semua yang merasai nikmat iman tu merasai nikmat ukhuwah (alhamdulillah dilimpahi dgn kasih mereka yg mengasihiku kerana-Nya), seterusnya, tak semua yg merasai nikmat ukhuwah ni, merasai nikmat tarbiyah (alhamdulillah Allah memilih saya utk bersama-sama mereka mendidik jiwa), dan tak semua yang merasai nikmat tarbiyah ni merasai nikmat dakwah (Alhamdulillah dpt merasai sikit wlpn masih berjinak-jinak, berikan kekuatan buatku Allah), dan tak semua yang merasai nikmat dakwah ni merasai nikmat jihad (yup, menuntut mujahadah yg sgt tinggi utk melawan nafsu dan karat2 jahiliah yg masih bertapak dihati, huh berat), then, tak semua yang merasai nikmat jihad ni merasai nikmat syurga (pengakhiran yg paling penting, matikanlah hati ini dalam iman ya Allah, kami takut azab nerakaMu, lindungilah Kami dari Jahanam), last but not least tak semua yg merasai nikmat syurga nanti dapat merasai nikmat bertemu dan melihat Allah (subhanallah, can i be part of them, i really really want to meet my Beloved)


Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang kite perolehi sekarang ni, dan berusahalah utk meraih nikmat2 yg lain-lain tu kan, nikmat tu sume takkan datang bergolek tanpa usaha dan doa kite.. :)

Thursday, 1 December 2011

#12 - Realiti Kehidupan

Bismillah


Someone said: 
"Ramai sahabat sekarang yang 'menjaga hati' bukan 'menasihati'."

Do you realize that? Betulkan erm..
Perlu lebih terbuka utk menerima teguran supaya org senang utk menegur.
Perlu belajar and lebih berani menegur org secara jujur. (*terasa plak huk huk*)
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ok~




Be a better muslimah hanisa, can you? 
InsyaAllah, where there is the will, there is the way ^^

Tuesday, 29 November 2011

#11 - Duhai Hati

Bismillah..


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita semua. 
So many things happen to me this week, and my heart ache, sedih...


Ya Allah, kurniakan kesembuhan utk mereka yg sakit, mereka yg aku sayangi.
Ya Rabb, kurniakan kemudahan dlm segala urusan utk dia yg aku kasihi.
Ya Rahman, kurniakan aku kekuatan utk menahan amarahku.


Maafkan kak nisa...
Akak belum dapat melaksanakan tugas sbg seorg kakak yg baik :(


~dear heart, i asked u to be strong~

Thursday, 24 November 2011

#10 - Abah ♥

Pkl 830pm tadi abah call nisa, nisa pn mengadu simcard digi hilang, celcom line kene barred dah overlimit... huhu  nisa ckp sedihla, dah half of the day mak tak call, akak pun sama (melupakan i mentang2 cuti kan), 2hari tak dengar suara muhammad, rindu...

Ingatkan dpt raih simpati abah, nak manja-manja..hikhik =P tapi abah membebel pulak:


''Disiplin, disiplin, disiplin. Emm skrg dah tak disiplin ea. Lain kali letak jam, spec, hp (bnda2 penting mcm sim card yg ntah cuai mana letak grr) kat tempat yg mudah dicari, meja study, laci ke bla bla bla.......''

Dlm hati sy, dah lama tak dengar abah marah dengan sy, dpt dengar suara je pn jadilah :)

Aseef, tercerita pasal family..too bad i want to keep it here, my memory is not good though..hee :)
Okay, ada pengajaran jugak from this entry, jangan jd seperti sy...lol joking
Ibrahnya ialah inthibat (disiplin). Disiplin ni pelaksanaan yg dituntut terhadap sesuatu perkara, mcm adil la jgk konsepnye, meletakkan sesuatu pada haq nya. Dan dalam islam, sifat disiplin amatlah dituntut utk setiap penganutnya bukan utk pengawas, cikgu disiplin, pakcik askar and polis je.. :)